NOTIS PENTING (SILA BACA)

Tahniah kerana telah memilih AIA Public Takaful sebagai syarikat takaful yang melindungi diri anda dan keluarga anda. Salah satu syarikat insurans bertaraf ANTARABANGSA dan pelan yang ISLAMIK.



Ada beberapa perkara yang sangat-sangat penting dalam memiliki Medical Card AIA Public Takaful:

1) Cooling Period. Anda boleh menarik diri/cancel ambil takaful dalam masa 14 hari selepas terima buku polisi+kad anda. Anda boleh maklumkan kepada saya jika nak cancel dan deposit anda dipulangkan semula.

2) Cooling Period untuk syarikat insurans (AIA Public Takaful). Syarikat boleh menarik diri juga dalam tempoh 4 bulan daripada tarikh polisi berkuat kuasa. Oleh kerana syarat ini, maka dinasihatkan kepada semua customer tidak membuat claim PENYAKIT KRITIKAL seawal 4 bulan dari tempoh polisi bermula/tarikh polisi berkuatkuasa. Adalah tidak logik penyakit kritikal hanya wujud dalam tempoh 4 bulan ini, melainkan anda dengan sengaja TIDAK DECLARE kewujudan penyakit tersebut (sama ada anda tau atau tak tau, bermakna penyakit telah wujud sebelum ambil polisi. Jadi polisi tak cover penyakit sedia ada!).

Dalam masa 4 bulan atau 120 hari ni, status penggunaan Medical Card adalah Pay and Claim. Tak boleh masuk hospital free/ Free Admission. So, dinasihatkan teruskan pembayaran dan jangan guna dulu medical card anda untuk smooth kan rekod permohonan Medical Card anda (Anda kena faham, belum approve penuh lagi...masih dalam tempoh Cooling Period lagi ye). Untuk kes emergency, No Problem, contohnya = kene Demam DENGGI,  Kemalangan... 

Perlu diingat juga, supaya tidak claim penyakit TONSIL dalam tempoh 4 bulan. Takut nanti akan di exclude/kecualikan daripada rawatan selepas ini. Dalam masa 4  bulan pertama sila maklumkan kepada saya sebelum masuk ke Hospital Panel.

3) Pastikan urusan menggunakan Medical Card adalah JIKA ANDA ADMIT/ MASUK WAD sahaja ye. Urusan rawatan pesakit luar atau rawatan 15 minit, 1-2 jam tidak di cover oleh Medical Card.

Medical Card hanya boleh digunakan jika anda admit/ masuk wad walaupun sehari! Jangan terkeliru ye.

4) Macam mana dengan situasi jika mengalami kemalangan (jalanraya, jatuh pokok, kene mesin dan apa-apa la jenis kemalangan) ? Ya, anda masih dilindungi walaupun KEMALANGAN bukanlah PENYAKIT. Anda akan dianggap sebagai Rawatan Pesakit Luar yang DI COVER walaupun TAK WARDED. Namun, anda perlu bayar terlebih dahulu dan claim kemudian (Pay and Claim). Ingat, kena bayar dulu dan claim kemudian.


5) Sila gunakan Hospital Panel sahaja melainkan anda mengalami KEMALANGAN dan URUSAN URGENT. Ini kerana anda terdedah kepada CLAIM DITOLAK kerana ada klausa-klausa yang tidak dilindungi oleh AIA. Dua keburukan menggunakan Hospital Bukan Panel:

i- Bayar sendiri dulu (gunakan cash atau credit card anda dahulu). Boleh claim kemudian, tapi bukanlah dapat dalam masa cepat. Ambil masa untuk diproses. Anda perlu bayar rawatan dan dokumen report doktor yang diperlukan untuk claim. Banyak kerja tapi selepas anda dapatkan dan bayar semua dokumen dan bil, barulah saya boleh bantu anda buat claim dari AIA.

ii- Mungkin claim akan ditolak kerana tidak memenuhi syarat boleh claim dan lain-lain lagi. Hospital Panel arif bab-bab ini dan senang berurusan dengan hospital panel. Mereka akan maklumkan jika ada klausa tidak dipenuhi sebelum rawatan atau caj dikenakan.

Nasihat saya...TOLONGLAH jangan berurusan di Hospital Bukan PANEL jika tak URGENT.

6) Sila POS SEGERA kepada saya jika dah dapat dokumen Medical Report (jika ada) dan Resit bayaran daripada Hospital.
    A) Jika Claim sebab anda kemalangan        = Klik <SINI>
    B) Jika Claim sebab anda sakit masuk wad = Klik <SINI> 

* Perlu di ingat, bil rawatan dan ubat ubatan boleh claim No Problem. Tapi.....kalau ada kes tertentu dan AIA tak percaya/ ragu ragu/ perlukan Pengesahan Medical Report daripada Doktor bertugas, maka anda perlu MOHON kepada Hospital Panel yang anda masuk (call pun boleh), untuk Mohon Dokumen Medical Report ini. KOS MEDICAL REPORT ditanggung oleh anda dan TAK BOLEH CLAIM. (akan dimaklumkan jika diminta...kalau tak minta, ok jer...claim proses terus...biasanya tak minta)

Pos segera ke:

 ----------------------------



 

7) Sentiasa bawa Medical Card anda ke Hospital Panel. Sangat sukar berurusan jika hanya bawa Kad Pengenalan. Jika hilang, segera maklumkan kepada saya untuk buat semula dengan kos RM10.60 (siap dalam masa 2-4 minggu! Lama ye...so jangan hilangkan).

8) Sediakan DEPOSIT RM300 ke RM500 ye nak Check in Wad Hospital Panel. Ya, macam Check in Hotel yang kita kene bayar RM50 ke RM100 tu.. bila Check out die pulangkan balik. Tak Semua Hospital Panel Terima Kemudahan Swipe Medical Card AIA sebagai deposit. Nak buat macam mana, HAK HOSPITAL berkeras tak nak terima DEPOSIT dalam bentuk digital. Die nak jugak CASH DUIT anda tu...nanti bile check-out die pulangkan lah sebab DEPOSIT ni bukan duit rawatan.
*p/s: Setakat saya saja call di Hospital Panel area Seremban, hanya Mawar Renal Medical Centre yang terima Swipe Kad AIA dan tak payah bayar deposit....satu lagi kalau di Pahang di KPJ Kuantan Specialist...kuasa memilih ditangan anda...tak payah bayar apa apa bila masuk wad...deposit pun tak payah....terbaikkkk....  

9) Perhatian! Semua jenis rawatan SELAIN masuk wad adalah JENIS PAY AND CLAIM ye. 

10) Jika Medical Card anda cover BILIK RM150...anda perlu faham, jika anda masuk bilik RM200, perbezaan RM50 anda perlu bayar sendiri dan TAK BOLEH claim. Pilihlah yang bersesuaian. Bilik wad hospital swasta ni macam Hotel juga. Bajet anda kurang, janganlah minta bilik 5 Star hehe. Jika anda nak upgrade harga bilik, sila hubungi saya (harga bayaran bulanan akan berubah lah ye..mestilah lagi mahal bilik, lagi mahal bayar bulanan). Ketika ini RM150 adalah harga normal tapi ada hospital tertentu yang harga lebih tinggi dan ada juga yang ada bilik bermula RM80 sahaja (Sila telefon Hospital Panel untuk semakan harga mereka. Macam telefon harga bilik Hotel juga).

11) Telefon dulu Hospital Panel tanya kekosongan wad sebelum pergi..jangan walk-in ye. Kadang-kadang penuh, sila ke hospital panel yang lain berhampiran. Tanya juga bilik yang available tu harga berapa? Matching tak dengan coverage bilik Medical Card anda? Rujuk senarai Hospital Panel <DI SINI>


12) Bila nak masuk wad, sila bawa:

1- Tuala 
2- Tuala kecil dan mangkuk air (jika nak tuam anak demam) 
3- Tisu 
4- Selipar 
*(semua ni boleh mintak kat Hospital tapi memang kene bayar/caj masa keluar nanti. Insurans tak cover barang barang keperluan yang bukan untuk rawatan ye). Mohon bawak la sendiri dari rumah. Ala macam nak masuk homestay la kiranya. Hospital ni sediakan bilik dan rawatan sahaja ye. Semua benda lain die caj! 

13) Bila nak masuk Hospital Panel nanti, anda akan kene isi borang tuntutan (Biasa Kaunter Hospital Tolong ISIKAN). Tolong bawak Kad Medical bersama...

14) Perlu diingat, ada masa dan ketika (SITUASI TERTENTU), GL anda di tolak dan anda perlu bayar sendiri dahulu (Walaupun anda tahu patutnya dapat masuk FREE). Ini adalah kerana Kes Admit Wad anda perlu untuk DISIASAT terlebih dahulu dan AIA ingin lihat apa full medical report dari Doktor sebelum buat keputusan kes ini FREE atau TIDAK DI COVER. Mungkin ada sakit lama yang tak declare, mungkin disiasat atas faktor kurang maklumat penyakit tersebut untuk buat keputusan dan mungkin juga, penyakit nak admit wad ini ada kaitan dengan penyakit lain yang ada dalam rekod perubatan...Nak buat macam mana, terpaksalah bayar dahulu. Tapi bukanlah setiap masa.....hanya kes tertentu yang AIA nak siasat sahaja ye.

* NASIHAT SAYA.....Jika anda baru sahaja ambil medical card bawah 1 tahun, sentiasalah MAKLUMKAN secara PERIBADI kepada DOKTOR yang merawat anda, bahawa Medical Card anda TAK SAMPAI SETAHUN...Mohon Pertimbangan yang bersesuaian ye Doktor :)
Daftar Takaful AIA & Medical Card Keluarga. Powered by Blogger.